Khamis, 26 Mac 2009

KPKI : Pengurusan Strees Melalui Pengurusan Personaliti

Alhamdulillah, aku baru selesai jalani satu kursus pendek di IP Teknik, Cheras. Kursus berkaitan dengan stress & personaliti. Erm, 1st time masuk ke IP Teknik aku terimbau kembali zaman bergelar guru pelatih di IP Kota Bharu. Mmg menarik jika dikenang. Berada di bumi Serambi Mekah dulu mmg berlainan sekali jika hendak dibandingkan bila berada di Kota Metropolitan kini. Semua suasana dulu sangat2 aku rindui. Setiap pagi Jumaat dulu, aku selalu mendengar kuliah Tok Guru. Pertama kali pergi aku sangat terkejut.Bayangkan, hari itu ribuan orang berkumpul untuk bersama mendengar kuliah dari seorang Menteri Besar yang amat berlainan sama sekali personalitinya. Pihak berkuasa seperti polis sendiri khusuk mendengar kuliah itu saban minggu. Bandaraya Kota Bharu penuh dengan warna kopiah putih. Mmg mengamit memori aku tika ini. Baruku tahu bila aku ikuti kursus pengurusan personaliti ini. Rupanya MB negeri serambi mekah itu punyai personaliti yang tersendiri. Beliau bijak mengawal personalitinya tanpa membiarkan persekitaran duniawi mengawal personalitinya. Personaliti mengawal persekitaran bukan persekitaran mengawal personaliti. Jiwanya bersih dan bermatlamat jelas. Fikirku, patutlah MB seorang itu hebat dan menarik perwatakannya. Baru ku tahu....
Kembali berbicara persoalan personaliti. Sebenarnya apa itu personaliti?? Mari sama2 kita bincangkan secara ringkas.
Imam Ghazali pernah menukilkan, personaliti ialah menerangkan tentang keadaan jiwa. Menerusi jiwa terbit semua perbuatan yang senang dan mudah, tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Jikalau dari jiwa itu muncul perbuatan yang baik dan terpuji menurut akal dan syariat agama, itu dinamakan personaliti yang baik. Sebaliknya jika perbuatan buruk muncul dari jiwa seseorang maka dinamakan personaliti yang buruk. Jelas sekali disini, jiwa orang yang dalam ketidaktentuan pasti akan melahirkan personaliti yang buruk. Sebab itu keadaan sosial sekarang sangat cacamarba dan penuh dengan barah dan virus sosial yang sangat menakutkan. Semua ini kerana jiwa manusia semakin kosong dan tidak mempunyai hala tuju yang jelas. Pastinya jalan yang benar utk mengisi jiwa agar tidak kosong dan tidak terarah adalah kembali kepada landasan Islam yang sebenar. Runtuhkan tembok hidonisme yang melampau, tinggalkan sosialisasi hidup bergelodak hitam, hapuskan idola jahanam yang menjahanamkan, insyaAllah jiwa akan kembali pulih dan akan memandu personaliti kita ke arah yang lebih baik dan diredhai Allah.

1 ulasan:

www.caribuku.com berkata...

Tiada siapa beritahu betapa KPLI kembalikan kehidupan di sekolah. Kelas ke kelas, sukan di ptgnya. Tidak kurang juga, pelbagai perkara perlu dilakukan. Presentation dan assignment menjadi asam garam kehidupan.