Rabu, 25 Mac 2009

Coretan Seorang Insan 1

Sudah hampir seminggu lebih aku tidak beradu minda di laman maya ini. Byk sangat tugasan yang datang kiri dan kanan malah depan dan belakang. Inilah tugasan dunia namanya tapi ingat isteriku, tugasan akhirat jgn sesekali diringankan. Aku bersyukur, kerna masih ada yang memberikan tazkirah. Alhamdulillah..Makin byk kita bersosial maka lebih byk cabaran mendatang. Manis ada, pahit pun menjelma. Inilah namanya manusia.
14 - 22 Mac 2009
Seminggu lamanya aku berada di kampung kerna menikmati hari-hari cuti. Banyak sangat perkara dalam fikiran yang ingin diterjemahkan di lapangan kerja seawal hari2 cuti. Cuma family kecilku diuji lagi kali ini dgn virus demam yang melanda kami. Putera kecilku yang amat aktif mengalami demam dan selsema kecil. Mulanya hasrat dihati ingin membawa mereka ke Langkawi cuti kali ini. Namun semuanya hanya tinggal hasrat bila puteraku demam dan selsema. Ingatkan ujinya setakat itu, rupanya selepas itu isteriku pula yg agak sarat sekarang mengalami demam dan sedikit ketegangan urat. Mungkin kerna keadaan fizikalnya yang berjuang bersama si kecil yg dijangka menjengah dunia sebulan + - lagi, memikul tggjawab seorang isteri & ibu dikala suami berjauhan dengannya. Aku ke sana sini mencari penawar peritnya itu. Selepas di urut dan di ubati, ALhamdulillah, peritnya mendapat penawar. Syukur sebab uji buatku mula meninggalkan kami sekeluarga. Kebetulan bermula 18-21 Mac 2009 aku punya tugasan di Padang Terap. Tugasnya banyak dan memerlukan komitmen yang amat besar. Ku harap diriku tidak diuji lagi rupanya tidak, selepas anak dan isteriku kini aku pula yang diserang virus demam dan sakit kaki (akibat terjunan berani?) setahun yang lalu. Habis cacamarba segala perancangan, mujur ada teman yang sudi membantu menyelesaikan kerja2ku di Padang Terap. TQ sahabat2. Cuma mungkin aku bersyukur walaupun dalam keadaan yang agak perit sebelum akhir cuti aku dapat membawa anak dan isteri serta ibu ke Padang Besar, Perlis untuk berlibur bersama. Coretan ini bukan sekadar coretan, ianya membawa kepadaku beberapa pengajaran.
1. Bekerjalah masa muda sebelum tua.
2. Syukurilah masa sihat sebelum sakit.
3. Memberilah masa kaya sebelum miskin.
4. Nikmatilah masa lapang sebelum sibuk.
5. Beribadatlah masa hidup sebelum mati.
Bagiku, hamba yang amat kerdil ini, bermakna kita harus menggunakan kesempatan yang ada sebelum kesempitan yang menimpa, yang mana harta kekayaan yang ada digunakan sebaik mungkin sebelum kekayapan yang menjelang tiba. Pesanan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberitahu kita agar membuat perancangan yang sewajarnya. Namun sehebat mana perancangan kita, sedarilah perancangan ALlah S.W.T menentukan segala2nya.

Tiada ulasan: