Ahad, 23 Ogos 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan..

Syukur..masih berkesempatan bertemu ramadhan sekali lagi tahun ini..Alhamdulillah...bermulalah pesta Ibadah bagi yg ingin menambah pahala dan ganjaran yg terdapat di dalam bulan mulia ini. Aku..buat kali ke 3, berpuasa tanpa keluarga tercinta di sisi. Inilah ketentuan dr Yang Esa. Apa2pun, aku bersyukur kerana masih dikurniakan nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah..sedikit info utk perkongsian semua...

Solat Tarawih

Dikenali juga sebagai Solat Sunat Qiyam, dilakukan pada bulan Ramadhan.Bilangan rakaat Solat Tarawih tidak ditetapkan oleh Rasulullah S.A.W , tetapi bergantung kepada kemampuan dan keikhlasan para sahabat. Ada yang solat sebelas rakaat termasuk witir, dan ada sahabat yang solat dua puluh tiga rakaat berserta witir. Maka, kita ikutlah salah satu daripadanya dan jangan tinggalkan kecuali uzur. Ganjaran pahala dari Allah s.w.t. :

Sepuluh hari di awal Ramadhan adalah rahmat, sepuluh hari di pertengahan adalah keampunan, dan akhir Ramadhan, adalah dijauhi azab neraka.

Ahad, 16 Ogos 2009

Cerita Permatang Pasir...


PRK Permatang Pasir, PAS dan BN terus bersaing. PAS pasti akan mempertahankan kubu kuat mereka sedang BN terus terusan mengatakan akan bangkit melawan dan menakluki DUN Permatang Pasir. Masa akan menentukan..siapa bakal dipilih. Selamat berjuang!!

Khamis, 13 Ogos 2009

Pergi Tak Kembali...Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'aafihi Wa'fu'anhu...

Khabar Yang Sgt Mengejutkan & Menyayat Hati..Byk Kenangan Bersama Rabbani Satu Ketika Dulu..Kenangan Menghirup Nafas Dunia Bersama2 Alunan Nasyid Peringatan Dari Nadamurni dan Rabbani Terus Terusan Menjengah Lubuk Minda...Yang Hidup Pasti Akan Merasai Saat Kematian...Takziah buat famili Ustaz Asri Rabbani...Ketiadaan Yang Pasti Akan Dirasai Oleh Pencinta Nasyid...

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa'aafihi Wa'fu'anhu...

video

Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku…

Almarhum Ustaz Asri Ibrahim

Isnin, 10 Ogos 2009

Kenduri Arwah

Irfan

Selawat Sedang Dikumandangkan

Selesai satu tuntutan baru2 ini bila kami sekeluarga telah mengadakan kenduri arwah buat keluarga kami yg telah kembali mengadap Rabbul Jalil serta kenduri sempena menyambut Ramadhan, majlis keramaian/kenduri tahunan keluarga kami...alhamdulillah, dikesempatan yang sama aku sempat juga mengadakan acara berendoi buat putera keduaku kebetulan kenduri aqiqah telah aku langsaikan lebih awal lagi sebelum ini. Segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada jiran tetangga dan sahabat handai serta adik beradik kerana bekerjasama memastikan kenduri berjalan dengan lancar. Orang yang paling sibuk tentulah Abangku..Hj Mukty...kesana ke sini walaupun kami tahu lelah kepenatan pasti beliau rasai. Buat beliau..terima kasih tidak terhingga kerana beliau sangat hebat dan amanah dlm menjalankan tanggungjawabnya pada keluarga kami. TQ juga buat jiran tetangga yg bersama bertahlil pada hari itu. Semoga kita dirahmati dan diberkati Allah hendaknya. Ameen....

Rabu, 29 Julai 2009

Aaa..Haa..Tu La...Pandai Buat Cerita Sangat...

PERMOHONAN MAAF

Utusan Malaysia memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz bin Haji Nik Mat, Menteri Besar Kelantan di atas kesilapan laporan mengenai kenyataan beliau yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009. YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz sebenarnya bermaksud bahawa "nasihat beliau tidak semestinya didengar" ketika mengulas mengenai cadangan kerajaan perpaduan pada sidang media itu. Oleh itu, tajuk atas sebelah kiri, muka surat hadapan Utusan Malaysia pada 15 Jun 2009 iaitu Nasihat saya mesti didengar adalah salah serta bukan menggambarkan apa yang dimaksudkan oleh YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz pada sidang media itu.

Begitu juga fakta berhubung perkara yang sama pada berita penuh mengenai kenyataan beliau itu pada muka surat 7, Utusan Malaysia keluaran 15 Jun 2009, adalah salah. Utusan Malaysia dengan ini menarik balik dengan sepenuhnya kesilapan tersebut dan secara tulus ikhlas memohon maaf kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz di atas kesilapan yang tidak disengajakan itu dan atas apa jua kedukaan atau pengaiban yang mungkin diakibatkan kepada YAB Datuk Haji Nik Abdul Aziz daripada kesilapan tersebut.

Latihan Dalam Perkhidmatan, Kementerian Pelajaran Malaysia 2009

Hari ini, selesai LDP ke 4 yg aku kendalikan bersama teman2 Unit LDP di SKBB. Tajuk hari ini berkisar mengenai Pengurusan Stress dari kacamata keguruan. Penceramah jemputan En Mohamad Hj Taib bijak menutur ayat dan menyusun kata dlm ceramah beliau sehingga membuatkan guru2 hilang tekanan seketika. Byk tips2 dan kemahiran menghadapi tekanan telah beliau ketengahkan. ALhamdulillah, objektif dan matlamat unit LDP rasanya kesampaian atas huraian yang beliau telah sampaikan hari ini. Respon dari guru2 juga amat baik dgn komitmen dan perhatian yg amat baik sepanjang sesi ceramah dan perkongsian dijalankan. Tahniah guru2 SKBB. Anda semua pendidik yg mahu mendidik dan dididik. Stress satu ungkapan biasa yg kedengaran dari setiap insan bergelar manusia. Adalah tidak waras sekiranya tekanan tidak mendatangi mana2 individu. Bila digelar manusia, sudah pasti kita semua tidak akan lari dari masalah stress. Cuma sejauhmana individu tersebut dapat menanganinya dgn baik itulah yg menjadi isunya. Perkongsian En Mohamad tadi jelas disarankan beberapa perkara yg perlu dilaksanakan. TQ En Mohamad Hj Taib.


Semalam 28 Julai 2009, Sahabatku Sdr Mohd Hafiszi Othman juga berkesempatan berkongsi dgn guru2 di SKBB tentang isu Pengurusan Kewangan. Mmg menarik dan tertarik perkongsian yg telah disampaikan oleh Sdr Hafiszi a.k.a Pzy! Sampai ke hari ini guru2 menyatakan mereka tidak puas mendengar celoteh dan ilmu yg disampaikan, malahan mereka sarankan agar jalankan lagi ceramah yg sedemikian agar lebih byk ilmu dapat mereka pelajari mengenai pengurusan kewangan. Pzy dgn penuh tenang dan penuh berkeyakinan membentangkan byk persoalan berkaitan dgn kewangan dan kemahiran mengurusnya. Mmg menarik! Yg pasti soalan guru2 padaku, "En Hafiszi tu dah jadi jutawan ke cikgu ? hebat dia " aku hanya senyum dan senyum penuh makna. Mmg menakjubkan dan sangat hebat sahabatku seorang itu.

Khamis, 16 Julai 2009

Apa?? Qegha Bas Naik Lagi...??

Tu Dia...dah bg 11 hadiah baru ni (x kena mengena dgn rakyat2 marhaen di kampung2 pun) hari ni depa umum 'hadiah' baru pada rakyat2 marhaen (macam aku!!). Buka paper, belek paper, renyuk2kan paper...tu la apa yg aku buat tadi...ish..ish..perantau mingguan mcm aku terlibat dlm 'hadiah' hari ini. Tambang bas naik lagi...huhu...

Tambang teksi, bas sekolah naik

Jul 16, 09 1:29pm

kemaskini 2.41pm Tambang teksi bagi satu kilometer pertama dinaikkan dari RM2 kepada RM3 mulai 1 Ogos. Dalam pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz di Kuala Lumpur hari ini, bagi jarak setiap 115 meter, kadarnya adalah 10 sen. Kadar lama, kenaikan 10 sen untuk setiap 150 meter. Teksi yang menunggu penumpang pula, kadar terbaru 10 sen untuk setiap 21 saat berbanding dahulu untuk 45 saat.

Caj tambahan 50 peratus bagi perkhidmatan selepas 12 tengah malam masih dikekalkan tetapi ia dihitung sewaktu penumpang turun, bukan sewaktu memasuki teksi. Selain itu, kadar tambang bas sekolah berhawa dingin dibenarkan naik sehingga 30 peratus bermula tarikh yang sama, katanya. Di kawasan bandar, kenaikan tambang dari RM21.10 ke RM27.43 bagi satu kilometer, dan dari RM1.55 ke RM2.02 bagi setiap satu kilometer tambahan. Tambang bas ekspres pula dinaikkan 2 sen bagi setiap kilometer, manakala tambang bas henti-henti di Kuala Lumpur akan dinaikkan 25 sen hingga 70 sen mengikut zon-zon tertentu.

sumber : malaysiakini

Selasa, 14 Julai 2009

Bersangka Baik....

Masalah, stress, tekanan, pergolakan jiwa semuanya datang dari minda kita.Lebih tepat lagi, ia datang dari minda separa sedar kita kerana semua emosi adalah dari minda separa sedar. Minda kita mempunyai kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan datang kepada kita.Sebabnya? Minda kita terbentuk menjadi negatif. Maka, ia menarik situasi-situasi negatif untuk dimunculkan dalam hidup kita. Kita berada dalam suasana negatif tanpa kita sedari kerana perbuatan-perbuatan negatif dah jadi satu kebiasaan pada kita.Sesuatu perlu dilakukan untuk mengubahnya secara total, mengubahnya dengan penuh berkekalan, bukan sekadar sebulan dua sahaja. Jika minda kita ada kapasiti untuk menarik masalah, stress, tekanan dan pergolakan, minda juga boleh menarik kegembiraan, keceriaaan, kebahagiaan dan kedamaian untuk muncul dalam hidup kita.
Untuk itu, minda perlu dibentuk, dirangsang dan didorong menjadi positif.Nak menjadi seorang yang cemerlang, anak cemerlang, ibu bapa cemerlang, terlebih dahulu kena ubah emosi menjadi cemerlang, menjadi warna positif kerana positif adalah sikap orang cemerlang. Silap ibu bapa adalah, mahu anak mereka cemerlang tapi tak menunjukkan sikap cemerlang di depan anak-anak.Tak kira kita ni ibu bapa atau anak, sesuatu perlu dilakukan untuk kita merubah sikap. Positifkan diri supaya kita boleh mencapai kecemerlangan lalu membuat kita dikelilingi kegembiraan, kebahagiaan. Kesannya, dari situ kita boleh berjumpa dengan pelbagai keajaiban. Kita akan berjumpa situasi-situasi menggembirakan, terjadi tanpa di sangka-sangka.Jangan ambil remeh hal emosi, hal minda. Walaupun kedua-duanya hanya perkara kecil, tapi memberi kesan yang besar dalam hidup Anda. Belajar melatih diri untuk sentiasa bersangka baik, jujur dan mudah memberi maaf.Bersangka baik sebaik yang mungkin, sekerap yang mungkin, selama yang mungkin.

Bulan Masih Mengambang Di Manek Urai...



Nantikan Maklumat Terkini Dari IC NORTHERN TRAINING & CONSULTANCY
Tungguuuuu.....

Dunia Yg Makin Mencabar

BICARA I

Hari ini aku didatangi oleh seorang pelajar, menceritakan kisah duka lara yg berlaku dalam keluarganya. Isi cerita adalah rahsia,cukuplah aku katakan, dia bermasalah! Inilah aku,hari2 aku akan menjadi pendengar yg setia kepada masalah2 yg org lain hadapi. Kalau tidak di SKBB pasti ada yg menelefon ke iphone ku semata ingin berkongsi. Bagiku,bantu membantu adalah amalan yg amat mulia. Sebetulnya tanggapanku, bila posting ke Sekolah Rendah tidak akan wujud isu2 moral yg besar2 rupanya sangkaan ku sangat meleset. Berada di SK di tengah kota metropolitan ini rupanya, isu2 mmg mencabar minda ku. Hmm..ini mungkin kerana kebebasan dunia tanpa sempadan barangkali. Masalah sosial bercambah seperti cendawan selepas hujan. Ada kalangan klienku bila ku tanya soal solat dan hal2 berkaitan keagamaan mereka hanya mampu mencebik bibir tanda tidak tahu. Soalnya, bukan anak tetapi ibubapa yg ku panggil dlm sesi pun tidak tahu!!ohh...dunia...dunia...melihat kepada fizikal dan fesyen bkn main hebat tapi ilmu agama??sedih bkn kepalang...masakan anak kecil akan tahu kalau ibubapa tidak mengajar mereka, ibubapa pun tidak tahu barangkali!!mak bapa borek anak rintik!??adus...bahana kejar dunia lebih dari akhirat...kesan cintakan dunia lebih dari akhirat...yg dikejar tidak dapat yg dikendong berciciran gamaknya nanti....

BICARA II

Hari ini dgr cerita ada lagi PRK. Kali ini di negeri Serambi Mekah. Negeri Tok Guru..penah aku menghirup udara negeri Tok Guru dulu. Sememangnya tenang sangat sewaktu berada di sana. Barangkali ada keberkatannya. Setahun berada disana byk sangat kenangan indah. Hari ini Manek Urai jd gelanggang utk PAS dan BN beradu kekuatan. Doakan...rakyat di MU buatlah keputusan yg sewajarnya berdasarkan kecerdikan kalian. Lebih baik pilih hijau dari hitam yang mengganggu penglihatan :)) semua org inginkan kehijauan bukan?aku pun begitu...mak ayah aku yg ajar aku..pilih hijau kata mereka!!cakap ibu bapa yg tidak menyanggah syariat mesti kita ikut....