Jumaat, 13 Mac 2009

Cerita SPM

Rekod 19 A1, 1 A2 dari Nik Nur Madihah



Oleh LUQMAN HAKIM AB. RAHIM




KOTA BHARU - Dua tahun lalu Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal kagum melihat pencapaian pelajar senior sekolah mereka, Siti Nur Fatimah Mukhtar mengejutkan banyak pihak dengan pencapaian 17 A1 dan 1 A2 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Nik Nur Madihah, 18, sendiri pada waktu itu pulang dengan 9A dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR).
Semalam, giliran dia pula mencipta rekod baru Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) dengan keputusan 19 A1 dan 1 A2. Nik Nur Madihah tidak menganggap dia genius, malah waktu belajarnya juga tidak menentu. "Saya tak ikut kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. "Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa,'' katanya. Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Bapanya, Nik Mohd. Kamal Husin, 41, ialah seorang nelayan manakala ibu, Mariani Omar, 42, bekerja sebagai pencuci di Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
[aku a.k.a raudhah7 sgt kagum dgn kejayaan pelajar di atas, hujahku mudah, di mana ada usaha di situ ada jaya. Kebetulan hari ini aku berkesempatan memberi pengisian kepada murid2ku. Kesempatan yang ada pada hari terakhir sblm cuti pertengahan penggal ini aku penuhi dgn satu cetusan semangat kepada murid2ku agar menjadikan model2 pelajar berjaya seperti di atas dijadikan model rujukan atau idol kepada mereka sbg seorang pelajar. Jaya mereka di sinari dgn ilmu akademik dan ilmu agama, itu yg menariknya. Melihat kepada riak wajah yang memaparkan riak wajah yang menyejukkan pasti sinaran akhlaknya selaras dgn riak wajah yg sebegitu. Aku juga sempat tegaskan!leburkan idol2 yg melalaikan sebelum ini, sudah sampai masa kamu semua mengambil mereka2 yg berjaya dalam hidup dan pelajaran ini sebagai rujukan kamu!nyahkan dalam diri kamu liburan dan hiburan yg melampau, ajak diri kamu semua mencari sinar jaya lantas mematlamatkan diri kamu semua dgn mencita-citakan kejayaan dalam diri kamu. Aku juga sampaikan, pelajar yang cemerlang ialah pelajar yg bijak dalam akademiknya, hebat dalam agamanya dan menyinar dgn akhlak yg mulia. Puas hatiku....kerna hari ini aku mengajak kelompok dlm kelilingku menjadi manusia. Alhamdulillah..moga Allah kurniakan aku kemandirian yg teguh dan beristiqamah dlm menjadi khalifah Allah]

Tiada ulasan: