Isnin, 18 Mei 2009

Stress Membuat Kita Laju Buat Kerja ??

Stress kerja kita boleh atasi, jika kita memfokuskan pada proses menyiapkan kerja dan penyempurnaan kerja. Stress kerja biasanya datang apabila tugasan berlambak dan kita hanya diberi masa yang singkat untuk memastikan ia siap. Hmm..ada lagi sumber stress yang lain, namun kali ni biar kita berbicara stress kerja yang datang dari kerja. Itu soal kerja. Soal lain, perangai kengkawan ditempat kerja. pun berlambak2 wujud. Ada kawan sekerja yang OK, ada yang tak OK malah ada yg KO. Ada yang beri semangat, ada yang meruntuhkan semangat mahupun merapuhkan semangat kita. Kat mana-mana tempat kerja, politik pejabat atau politik dalaman memang sentiasa ada. Betul tak??

Semua perkara itu tidak dapat kita elak sama sekali. Stress dalam kerjaya kalian semua perlu difahami kemudian anda semua kena sesuaikan diri dengannya. Dari aspek lain, stress membuat kita laju buat kerja. Ye ke?? Mana taknya kan..terasa macam dicabar-cabar kita punya skill, kita punya energi/kekuatan/kepakaran. Siapa yang tak panas bila dicabar, ye tak? Tapi tak semua orang ada kapasiti camtu. Tak semua orang yang bekerja melihat stress sebagai sesuatu yang positif, bahkan melihat stress sebagai sesuatu yang membuat mereka tertekan, tak gembira, murung dan berduka. Kalian di luar sana kena faham.

Stress terpulang pada kalian sebenarnya, cara nak mengurus, cara nak handle. Paling penting, stress boleh diurus bila kalian tahu apa yang boleh membuat kalian gembira dan kalian tahu apa yang boleh membuat kalian dapat menikmati rasa tenang. Dari layan stress, baik layan something yang boleh buat kalian hepi. Mulai hari ini, elak dari menangani stress. Elak le seboleh yang mungkin. Selepas itu, fokuslah usaha pada membina ketenangan, menikmati ketenangan dan menghampirkan diri pada ketenangan. Start dari situ, barulah kita ada seronok buat kerja!

Sebenarnya...kaunselor pun kekadang stress beb!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! so, kena pandailah mengurus stress...huh...abuhakimi79@gmail.com

Tiada ulasan: