Rabu, 1 April 2009

Permohonan Pertukaran

Alhamdulillah, mlm ini selesai satu tugasan personal sambil2 memuat turun bacaan Al-Quran dari laman Youtube. Qari Syeikh Hajjaj Hindawi mengalunkan ayat2 suci dengan tarannum yang amat menginsafkan hati kecil aku. Betapa ALlah mengurniakan alunan suara yang amat merdu dan digunakan ditempat yang amat betul dan tepat. Bukan apa, ingin cari ketenangan sebenar. Dan terbukti!! amat menenangkan, menginsafkan. Titisan manik2 kecil dari ruang sumber penglihatanku menjadi bukti malam ini. Benar!Jiwa akan kosong sekiranya dalam sehari, kita tidak menghidangkan ayat2 suci Al-Quran kepada diri kita. ALhamdulillah, aku masih dilandasan yang betul untuk membentuk jiwaku menjadi jiwa yang suci dengan aku sendiri mengalunkan ayat2 Kalamullah setiap hari. Alhamdulillah...Ya Allah, kuatkan imanku dan tabahkanlah hatiku mendepani ujianMu setiap detik.

Tugas Personal
Tugasan personal yang aku maksudkan ialah mengisi borang permohonan pertukaran ke Kedah. Kiranya inilah tugasan wajib bagi diriku setahun 2 kali semenjak aku bergelar Kaunselor a.k.a Guru Bimbingan Kaunseling di KL. Untuk rekod, ini adalah kali ke 5 aku memohon, namun ianya masih belum berjaya. Setiap tahun, 4 kali aku mendapat surat dari KPM mengatakan permohonanku tidak diluluskan dek kerana kepentingan perkhidmatan. Aku masih dikehendaki bertugas di sini, kota metropolitan yang amat memerlukan keteguhan jatidiri dan mekanisme hakisan tekanan yang amat tinggi. Kalau tiada ketabahan dan kesabaran mana mungkin aku dapat hidup tanpa anak dan isteri di KL. Tidak dinafikan, kekadang moral & sabar itu hilang juga. Kredit juga utk pemaisuri hatiku, kerna dia juga sangat tinggi kesabarannya. Tanpa kesabaran itu, kami mungkin dijangkiti virus stress yang amat kronik. Alhamdulillah, kami dapat mendepaninya dgn senyuman. Alhamdulillah....

Tiada ulasan: