Khamis, 2 April 2009

Bila Allah Tidak Di Takuti & Di Cintai

SEREMBAN - Jika haiwan pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya, inikan pula manusia. Tetapi di Senawang berlainan pula kisahnya. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, tiga kejadian melibatkan pembuangan janin dan bayi - satu tindakan melampaui batas manusia. Kes terbaru kelmarin, seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui masih hidup dan merengek di dalam beg plastik sampah berwarna hitam di Taman Senangin, di sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, seorang wanita India berusia dalam lingkungan 30-an terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak dalam beg plastik sampah berwarna hitam dan apabila dibuka, didapati seorang bayi perempuan di dalamnya. "Wanita itu menemui bayi berkenaan di tempat pembuangan sampah di rumahnya di Taman Senangin, Senawang dan kemudian menghubungi polis. "Polis akan siasat penemuan bayi perempuan ini, kita akan cari individu yang tidak bertanggungjawab dalam kejadian itu," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam. Saiful Azly tidak menolak kemungkinan bayi tersebut dibuang beberapa jam sebelum ditemui di situ.
* laporan akhbar kosmo online

Takuti ALlah
Berita di atas membuktikan, manusia kini tidak takuti Allah. Sayu melihat gambar2 di atas, semuanya angkara nafsu serakah ditambah dengan kecetekan ilmu maka ianya menyaksikan resepi serakah ini telah terjadi. Dimana silapnya?? sistem pendidikan kita? sistem sosial kita? raudhah7 berpandangan, semua ini berlaku kerana nilai, sistem, hukum ISLAM dikesampingkan dalam kehidupan manusia di negara kita.
Apa makna ISLAM?? mari bersama kita rungkaikan. Makna perkataan ISLAM ialah "tunduk dan patuh kepada perintah Maha Pemerintah dan larangan Nya tanpa bantahan”. Dinamakan agama kita ini dengan Islam kerana ia mengajarkan kepatuhan kepada Allah dan tunduk kepada perintahNya tanpa melanggari segala larangan dan melaksanakan segala suruhanNya.
Kerana pelanggaran tegahan yang telah ALlah S.W.T tetapkan maka timbullah barah dalam masyarakat. Sebab itulah terjadi perkara2 seperti di atas. Budaya barat diagung2kan, budaya kotor disanjungi, budaya hiburan yang melampau menjadi hidangan segenap lapisan masyarakat, budaya hitam yang melalaikan menjadi ikutan. Jenuh kalau hendak disebutkan disini kebejatan2 yang berlaku kini. Manusia hidup tanpa tujuan yang jelas. Jiwa mereka kosong tanpa pengisian yang positif.
Apa peranan kita ??
  1. Sebarkan Ilmu Pengetahuan ( Fardhu Ain & Fardhu Kifayah)
  2. Serlahkan Dakwah Dalam Masyarakat ( Cerita Tentang Islam Yang Sebenar)
  3. Sayangi Diri, Keluarga, Masyarakat (Tegur Dengan Hikmah Kpd Kawan, Jiran, Teman2 Bersosial)
  4. Semarakkan Hiburan Berlandaskan Islam.
  5. Sinari Kecintaan Pada Allah Melebihi Segalanya (Cinta Allah)

Cinta ALlah

Cinta Allah, adalah satu perkara yang sepatutnya menjadi matlamat dan niat utama dlm kehidupan kita. Cinta Allah, satu pencarian yg memerlukan usaha keras utk mendapatkannya. Cinta Allah, yg mana dengannya segala ibadah dan amal soleh dilakukan ikhlas semata2 krn Allah.

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)

Untuk mendapatkan cinta Allah memerlukan jiwa & hati yg sentiasa hidup dan terikat dengan Allah Taala. Menurut Dr Yusuf Qardhawi, hati yg hidup adalah hati yg seolah2 melihat Allah dan tempat hadirnya cahaya Allah. Nabi s.a.w. bersabda :

ان الله لا ينظر الى صوركم ولكن ينظر الى قلوبكم

Dengan itu, tarbiah yg sebenarnya amat perlu utk menghidupkan hati supaya tidak mati,mengawalnya supaya tidak rosak, dan sentiasa melembutkannya supaya tidak menjadi keras seperti batu. Jom Cintai Allah & Wujudkan Rasa Takut Pada Allah!!! INGAT!! Kalau kita kejar DUNIA, akhirat belum pasti bersama kita TETAPI kalau kita kejar AKHIRAT, dunia pasti akan mengekori rapat kita!! INGAT!!

Tiada ulasan: