simpati tanpa EMPATI tidak bermakna...
Ntah kenapa secara tiba2 fikiran melayang berfikir...simpati tanpa nilai EMPATI kurang bermakna..ye..kurang bermakna...bicara tika ini soal Palestin..sejauh mana org Islam berEMPATI dgn mereka??hanya sekadar melaungkan slogan anti Israel dan melingkari bahu dgn serban ala Palestin?bagaikan juara di pentas umum kini...ada saja demontrasi dari golongan yang anti demontrasi dulunya demi memperjuangkan Palestin. Bagus adanya tapi kurang EMPATI rasanya. Sana sini dilaung2kan keinginan utk memboikot semua barangan yg ada hubungkait dgn Israel, namun acapkali iklan yg sama dimainkan di TV & akhbar arus perdana. Retorika ini sentiasa akan berlaku kerana simpati tanpa EMPATI kerna keuntungan melebihi EMPATI. Rasailah keperitan rakyat Palestin dgn sepenuh keperitan seolah kita sama mengalaminya!
Menulis tentang EMPATI sama nasibnya diriku kini. Aku ada ramai kenalan,ramai sahabat,ramai kaum 'kerabat' yg mengetahui apa yang ditanggungku kini. Berkereta tapi keseorangan, bermotor juga keseorangan, beradu juga sering keseorangan malahan bersantapan juga bersendirian. Ramai kerabat, rakan dan taulan bersimpati namun aku masih belum berjumpa yang betul2 berEMPATI denganku. Dikala rakan taulan yang bersimpati tadi mempunyai 'talian hayat' yg mampu membantu melenyapkan lelahku tapi apakan daya pertolongan tidak kunjung tiba. Sebabnya hanya satu fikirku...hanya simpati tanpa EMPATI. Itu saja rasa yg inginku pugar hari ini. Renung2kan dan selamat berEMPATI.
raudhah7
bangsar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan