Sepakat Kecam Israel
Sidang khas Dewan Rakyat lulus 10 usul henti serangan tentera Yahudi
KUALA LUMPUR: Sidang khas Dewan Rakyat semalam sebulat suara mendesak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menubuhkan serta merta Tribunal Jenayah Antarabangsa bagi mendakwa penjenayah perang Israel yang melakukan kekejaman dan keganasan ke atas rakyat Palestin.
Desakan itu adalah antara 10 usul (lihat muka 2) dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang kemudian dibahas dan disokong semua Ahli Parlimen, termasuk pembangkang yang diketuai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seramai 201 Ahli Parlimen menghadiri sesi khas itu dengan 129 mewakili Barisan Nasional (BN), 70 dari Pakatan Rakyat dan dua ahli Bebas. Turut memerhatikan sidang khas itu ialah 32 perwakilan asing, termasuk dari Amerika Syarikat dan Britain.
sumber : http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/BeritaUtama/20090113001004/Article
komentar raudhah7 :-
Hari demi hari keganasan masih berlaku di bumi Palestin, terfikir jg sampai bila kekejaman ini akan berakhir, di mana peranan kita sbg saudara seIslam? hendak diharapkan PBB?hendak diharapkan OIC? cukupkan dengan kata2 kegeraman dinyatakan? jawapan kpd itu semua terletak pada setiap diri yg mengaku Islam/Muslim.
Sekilas ceritera hari ini, tika mana aku kembali dari tempat kerja balik ke rumah, kebetulan aku melalui bangunan M'cD, em...tiba2 teringat kempen memboikot barangan yang ada hubungkait dgn Israel, betul ke org Malaysia khususnya Melayu Islam memboikot?? lucu bunyinya kan? ada ke org peduli kempen sebegitu? buktinya tadi..bangunan berwarna merah kuning itu penuh dgn anak muda Melayu yg mengaku Islam di dalamnya sdg menikmati keenakan burger dan sbgnya. Ternyata belum benar2 wujud kesedaran dari muda remaja persoalan yang besar begini bg mereka. Yang mereka tahu...Mawi&Ekin...Datuk Siti&Datuk K...EPL,BPL...emm...inilah dunia remaja kita...so...aku tidak ada idea lagi utk berkata2...hanya mengeluh dan mengeluh sambil memikirkan apa sumbangan ku utk memastikan segalanya sejahtera.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan