Selasa, 17 Februari 2009

Selepas 2 bukit, 1 lagi bukit bakal didaki...betul ke??

Cacamarba! maybe itu yg blh digambarkan skrg, lepas satu..satu lagi isu yg timbul, "senjata" politik kini makin menarik utk dibahaskan. Hari demi hari ada saja "peluru" dihalakan kepada musuh2 politik masing2. Terkini..maybe Bukit Lanjan bakal menjadi bukit ke 3 selepas Bukit Gantang dan Bukit Selambau bakal mengadakan PRK April depan. Suratan atau kebetulan kini hanya bukit menjadi sebutan. Dalam masa sebulan, semua ini berlaku. Adakah semuanya di rancang? apa yg pasti, rakyat Bukit Gantang pasti merindui arwah MP mereka yg lepas. Bukit Gantang ditinggalkan arwah slps menyahut panggilan Ilahi. Allah yang mencaturkannya. Arwah meninggalkan kawasannya dgn penuh ketenangan, amanah dan terhormat. Lain pula halnya kekosongan yang ditinggalkan oleh bekas Adun Bkt Selambau penuh dgn tandatanya bilamana "peluru" skandal seks dijadikan senjata musuh2 mereka. Entah betul atau tidak, semuanya sudah menjadi sejarah. Terkini, Adun Bukit Lanjan pula di'tembak' oleh "peluru" yang hampir sama dgn ex adun Bkt Selambau. Lebih menarik dan menjadi satu keterujaan semua pihak bilamana isu foto "seksi" disebarkan. Landskap politik Malaysia amat byk berubah kini. Kerna dunia semua matlamat menghalalkan segala cara. Inilah politik kini selepas adegan lompat melompat dimenangi katak sakit baru2 ini. Moga Malaysia terus aman dan sejahtera.

Inilah masanya kita memikirkan persoalan akhlak dan moraliti manusia. Kalaulah non muslim dikatakan perlulah mempertahankan moral mereka apatah lagi manusia yg bergelar muslim adalah amat WAJIB menjaga akhlak mereka. Sudah sampai detiknya kita memastikan tiada lagi artis yang berpakaian tapi tidak menutup tubuh dan remaja yg jelik berpeleseran. Ini juga isu yg berkaitan dgn akhlak dan moral bukan?? Ayuh! kembalilah kepada Islam sepenuhnya.

Ya Allah..selamatkan bumi Malaysia dan limpahkanlah keberkatan dan kesejahteraan kepada kami.

Tiada ulasan: