Gelora Utara
Sesudah Malaysia dikejutkan dgn gelora "pertukaran kerajaan" di Perak, gelora yang melahirkan ramai penderhaka kononnya kini lebih menarik lagi rupanya, episod gelora utara semakin panjang, smlm ketika sdg berbual dgn isteri mesej tiba2 berbunyi,khabarnya MP Bukit Gantang telah kembali kerahmatullah. Kelu dan sedih diriku dgn situasi ini. Terharu pun ada. Mmg cabaran hebat datang lagi kali ini. Hikmah sudah pasti ada disebalik tabir situasi ini. Tidak kurang dari 4,5 jam selepas itu, jantungku terus berdetik kencang lagi, kebetulan bersua muka dgn kekandaku, katanya beliau baru balik dari mesyuarat. Hmm...satu kejutan lagi, Adun Bukit Selambau pula letak jawatan EXCO dan berkemungkinan besar akan meletakkan jawatan Adun juga. Fuhh..makin menarik cuti hari ini. Kejutan demi kejutan berlaku. Tika jam menunjukkan hampir jam 9 +- mesej dari kekandaku dari Mentaloon memasuki kotak mesej tv mobile ku. Sah! Adun Bukit Selambau letak jawatan adun serta merta. Wah..menarik dalam kejutan. Maknanya lepas ini akan ada dua "peperangan" merebut 2 bukit yang pastinya menjanjikan pelbagai lagi kejutan. Sebagai rakyat biasa aku sgt yakin pejuang kebenaran pasti menang dan bakal menakluki kedua2 bukit tersebut. Apa yg pasti, sahabat2ku di Bukit Jenun sudah pasti akan sibuk lagi lepas ini. Ingat!tunggu jg aku di sana....jgn2 lepas ini Bukit Jenun pun....emm...nantikan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan