Jumaat, 13 Februari 2009

Belajar melangkah kehadapan.....

Alhamdulillah, ptg nih aku check-out dr Hotel Putra setelah 2 hari 3 malam berkampung di sana bersama2 dgn sahabat2 Kaunselor dan Guru Bimbingan Kaunseling SK dan SMK seluruh Wilayah Persekutuan KL dan Putrajaya. Alhamdulilah, seramai hampir 60 dipilih utk menjayakan Kursus Panel/ Jurulatih Utama Sahabat PPDa Petronas JPWPKL, Kementerian Pelajaran Malaysia. Penat juga mengerah tenaga dan stamina fizikal serta mental di sana. Yang paling best time makan..hehe...apa2pun semua slot yg diberikan sangat bermakna dan berinformasi. Kursus ini diadakan sebagai satu pendedahan kepada Jurulatih Utama dalam program Pendidikan Pencegahan Dadah. 5 elemen penting dari modul2 telah didedahkan kepada kami semua iaitu :
  1. Rokok
  2. Dadah
  3. Inhalan
  4. Alkohol
  5. HIV/Aids
Elemen2 ini perlu diketahui sepenuhnya oleh kami semua sebagai JU bagi menghebahkan kepada guru2 dan murid2 kami di sekolah. Wawasannya satu iaitu menjadikan sekolah sifar DADAH 2010..emmm..boleh ker??semua pihak harus berganding bahu!!! realitinya kini, tugasan sebagai kaunselor sgt2 mencabar dalam berdepan dgn pelajar2 dgn pelbagai cabaran yg bakal mendatang! baru2 ini sebuah akhbar arus perdana telah menjalankan kajian terhadap pelajar2 yg merokok di Kuala Lumpur. Jgn terkejut dgn peratus pelajar2 merokok di KL mencapai peratusan yg amat tinggi! menakutkan!!risiko bagi pelajar yg merokok utk mendekatkan diri dgn najis dadah amat tinggi! kenapa jadi begini ye..terkejut juga bila didedahkan sudah ada kanak2 seawal umur 5 tahun sudah menjadikan tabiat merokok sebagai satu kebiasaan!huh...serius...itu belum dikira amalan seks rambang, seks bebas, ketagihan merempit..rata2 remaja melayu! waduh...apa sudah jadi ye...ibubapa jgn sibuk mengejar harta semata, pemimpin2 negara pula jgn hanya tahu berpolitik semata2 ayuhlah memikirkan bersama2 isu2 yg melingkari remaja2 negara sekarang!ingat! bukan sekadar memikir tapi turun kelapangan itu bersama2 menghapuskan isu2 ini. Bukan sekadar turun kelapangan masyarakat tetapi berusaha menunjukkan keperibadian yg tinggi sebagai ikutan dan contoh terbaik remaja2 kini. Ingat!!mereka inilah yg bakal menggantikan YB2 semua!kalau begini masalahnya..apa akan jadi pada negara kita?? lebih baik melompat-lompat berusaha mengatasi isu sosial ini daripada melompat-lompat masuk parti sana sini tanpa maruah. Jalankan amanah sebaik mungkin tidak kira siapa anda.
Apa yg pasti, amanah yg ku pikul sekarang makin mencabar! hari2 sibuk pasti akan ku lalui selepas ini. Belum habis kursus nama ku telah dilamar utk bersama2 melaksanakan program pada 10-12 Mac depan. 25 Mei - 30 Mei pula ditugas utk melaksanakan program Nafas Segar Peringkat Kebangsaan. Program yg menghimpunkan seluruh pelajar2/murid2 seluruh negara utk satu tujuan melahirkan pelajar2/murid2 yg tinggi jatidirinya, hebat akhlaknya, berperibadi mulia dan cemerlang akademik dgn meninggalkan segala perkara2 yg buruk terutama ROKOK & DADAH! Kesimpulannya...tanamlah anak2 remaja/pelajar/murid2 ini dgn AKIDAH ISLAM yg kuat agar akar umbi yg kuat & hebat akan wujud sebagai pendinding kepada segala penyakit2 sosial ini. Hanya dgn Islam manusia akan menjadi sejahtera!!!

TQ Petronas dan Kementerian Pelajaran Malaysia ( JPWPKL) !!

Tiada ulasan: