Cerita Bola...Malaysia Ke Piala Dunia 2018??
Bercakap pasal bola, satu alternatif 'hiburan' sukan yang sangat berpengaruh di Malaysia. Minum bola,makan bola,tido bola..orang sanggup bersengkang mata sampai awal pagi kerana bola.Sebut saja pasal bola orang sanggup lakukan apa saja. Itu cerita hari ini, cerita dulu begini.
Mokhtar Dahari, Syed Ahmad, Ghani Minhat, R. Arummugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, R. Rajagopal, James Wong, Hassan Sani, Bakri Ibni, Shukor Salleh, sebut sahaja nama-nama terhebat di masa itu sudah mampu menggamit kehendak rakyat untuk kembali menyaksikan kebangkitan pasukan negara. Saksinya adalah Stadium Merdeka, di mana saban tahun apabila Pesta Bola Merdeka diadakan, pasukan negara adalah juaranya, dengan mentaliti permainan klas dunia. Namun kini Pesta Bola Merdeka hanya disertai pasukan klas ketiga serta sekadar mengisi jadual acara sempena sambutan kemerdekaan itupun sudah jarang diadakan.
Itu dulu,hari ini?? realitinya...malam ini Malaysia tewas lagi, perkara yg biasa didengari, Malaysia tewas lagi...kali ini UAE meratah pasukan harimau Malaya 5 gol tanpa balas. Bila difikirkan, kenapa jadi begini?faktor jurulatih?pengurusan pasukan?pemain sendiri atau apa sebabnya? yang pasti bagi raudhah7 sebagai pemerhati dan peminat sukan ini, idea lama,wawasan lama,pemain lama masih menghantui pasukan negara. Nama pemain yg kurang menyerlah dalam liga tempatan menjadi pilihan barisan jurulatih dan pengurusan. Kenapa? mungkin ada unsur politik dlm pasukan? Bayangkan negara seperti Brazil, England dan lain2 pasukan memilih pemain2 yang betul2 'perform' utk mewakili negara mereka. Pemain dipilih dari kalangan pasukan yang menguasai liga utama negara mereka. Sangat berbeza dengan Malaysia, memilih pemain dari kalangan pasukan bawahan liga. Adakah ini model untuk membawa Malaysia ke Piala Dunia 2018?adakah model ini akan berjaya?hanya pengurusan mampu menjawab.Byk lagi sebab musabab dan persoalan yg tidak tertulis disini kerana jawapan sumbang sudah nyata pada malam ini. Rebah lagi...
Antara isu penting perlu diambil kira :-
1. Kurangkan politiking dlm pengurusan pasukan.
2.Melaksanakan program pembangunan dari peringkat bawahan secara efektif.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan