Rabu, 31 Disember 2008

Tinta Sepanjang Cuti & Tahun Baru 1430 & 2009

Catatan Perjalanan1

Alhamdulillah, sepertimana tahun2 yang sebelumnya, bln Disember dinanti dgn penuh sabar. 11 bln yang lalu diharungi dengan penuh cabaran dan mehnah yang tidak putus kunjung tiba. Namun sbg insan biasa/hamba ALlah yang mana Allah kurniakan dunia nih sbg pinjaman aku tidak juga lepas dari kekusutan emosi, kekeringan sabar, kekontangan minda,kelemahan fizikal namun aku punya teman sejati di kiri dan kanan utk memberikan sokongan demi sokongan. Paling ku sanjungi ibuku+familiku..paling ku ingati,hargai kekasih hati dan juga penenang jiwaku,isteriku dan hakimi putera sulungku yg bakal ditemani adindanya Mei 2009 nanti..paling ku hargai adik kakakku, sahabat2 dan rakan taulan yang sentiasa bersama2ku dimana jua aku berada. Bkn mudah hendak mudah, bkn senang hendak senang. Hari demi hari ditempuh dgn penuh keyakinan dibenakku betapa HIKMAH yang SANGAT banyak menantiku di depan sana disbbkan keadaan kini yg ku redahi. Apa yg penting, kekuatan dampingan dengan Maha Pencipta pasti menjadi tonik teguh bagiku meredahi apa2 jua perih dan jerih yang bakalku tempuhi.

November & Disember 2008 meninggalkanku byk kenangan. Ketika mana keputusan pertukaran lokaliti kerja diperolehi aku gagal buat sekian kalinya utk bertukar ke Kedah, aku pasrah dan terus pasrah. November & Disember 2008 juga byk catatan indah dan duka dihidangkan. Aku biarkan ianya tinggal kenangan dan memoir. Aku abadikan memori itu tanpa tulisan, biarlah foto2 menceritakan memoir2 itu.

Program TUNAS1 UPSR SKBB 5A Program TUNAS2
Family Day1 Feri Penang1 Lawatan1 ukp1 ummahcare1

Tiada ulasan: