Rencam Seorang Pendidik
Guru wanita dakwa ditendang pelajar perempuan
KANGAR: Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini. Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya. Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.
KANGAR: Seorang guru wanita mendakwa ditendang di perut oleh seorang pelajar perempuan Tingkatan Dua ketika dia sedang mengajar di sekolahnya di sini, hari ini. Azhana Ibrahim berkata, beliau diserang pelajar itu kira-kira jam 10 pagi berikutan tindakannya cuba mendapatkan penjelasan daripada pelajar itu tentang perkataan 'gila babi' yang tertulis di belakang satu folio yang diarahkannya. Pelajar itu bersama seorang lagi pelajar perempuan yang menemui guru itu memanggil rakan mereka selepas berlaku pertengkaran dengan guru itu.
Ketika semakin ramai rakan pelajar itu datang, guru berkenaan ditendang sebelum lari menyelamatkan diri. Guru itu kemudiannya membuat laporan polis di balai polis Kangar selepas waktu persekolahan pada tengah hari kerana bimbang diancam pelajar itu. Beliau yang sudah lima tahun berkhidmat sebagai guru berkata, insiden itu adalah yang pertama ditempuhinya sepanjang perkhidmatannya. Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Yusof Mohd Diah mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan. Sekolah itu mendapat perhatian ramai baru-baru ini apabila beberapa pelajar Islamnya terbabit mengiringi perarakan berhala sempena perayaan tokong sayur Buddha, di sini. - Bernama
[ulasan raudhah7 : guru ibarat lilin, bayangkan kepentingan lilin dikala dalam kegelapan?sudah tentu cahayanya ditagih oleh sesiapa jua. Begitulah juga dengan seorang guru. Lahirnya seorang PM yang beramanah hasil jerih seorang guru, hebatnya seorang peguam kini dulunya menagih butiran mutiara2 ilmu dari insan bergelar guru, petahnya seorang pendebat sudah pasti mentornya seorang guru. Dikala gelap lorong yang punyai cahaya pasti dicari. Tapi zaman dah berubah, dunia makin maju. Pelajar menjadi semakin angkuh dek kecetekan ilmu dan kekeringan akhlak/sahsiah. Lihat sahaja berita di atas hatiku sebagai pendidik tercetus juga rasa amarah dek semua yang terjadi. Dimana silapnya sistem pendidikan kita yang diterapkan. Dasarnya kah atau perlaksanaannya kah? wajar bagi kita merenung semua yang terjadi. Gejala sosial yang makin meruncing tika ini menggambarkan dunia pendidikan makin terhakis dr benak remaja2 bergelar pelajar kini. Sebagai kaunselor aku sangat arif malah jenuh memikirkan segala mcm rencam dan gelagat remaja skrg. Yang lelaki bersubang dan berantai, yang perempuan ingin sangat menjadi si jantan. Ini baru satu ceritera didalam ratusan lagi ceritera yang tidak dihebohkan. Institusi kekeluargaan juga menjadi sandaran kepada semua perkara2 ini. Kembalilah kepada Islam dalam ertikata sebenar2nya. Jadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai pegangan dan panduan. Yakinilah hanya dengan kepulangan dan keimanan kita kepada Allah yang Esa dapat merungkaikan segala kebejatan sosial kini. Mudah2an segala yang berlaku memberikan iktibar pada yang lupa dan ingatan pada yang leka. Pada kepimpinan kita sekarang, berilah sedikit masa buat mendengar dan memantau perkara2 sebegini, janganlah hanya sibuk mengejar nama dan pangkat semata. Tunjuklah contoh dan teladan yang baik utk anak2 pelajar yang bakal menggantikan tempat anda semua. Salam penuh kesejahteraan dgn harapan dan doa moga2 Allah mencurahkan keberkatan kepada kita dan menghindarkan segala malapetaka buat hambaNya yang lalai ]
abuhakimi
PJ, S'gor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan