Menjejaki Generasi Berilmu dan Sejahtera!
Program Motivasi di INSPIN..Menjejaki Generasi Berilmu dan Sejahtera!
11 Oktober 2008 baru2 ini aku berkesempatan utk memberikan pengisian dan ceramah kepada pelajar2 yang akan menduduki SPM yang merupakan anak2 peneroka Felda di seluruh negeri Kedah. Aku diberi peluang untuk berkongsi dengan pelajar2 yang rata2nya dari sekolah harian biasa Kementerian Pelajaran Malaysia. Alhamdulillah, aku sedikit sebanyak dapat berkongsi pengalaman dan sedikit ilmu bersama2 dengan mereka hampir 2 jam. Kebetulan ini merupakan program Fasa II yang sebenarnya sewaktu Fasa I dahulu aku juga dijemput utk menjayakan program ini. Aku membentangkan berkaitan Plan Tindakan untuk menghadapi peperiksaan yang sangat penting iaitu SPM. Terima kasih kepada sahabat seperjuangan yang kini menunaikan amanah sebagai Pegawai di Inspin kerana sudi menjemputku. Juga ucapan terima kasih kepada Cik Rozalia sebagai urusetia yang menghubungi dan menjemputku untuk berkongsi ilmu di Inspin. Apa yang menjadi harapan, agar pelajar2 tersebut akan berusaha bersungguh2 untuk mencapai kejayaan dalam apa juga lapangan. Moga akan lahir pelajar2 yang Cemerlang di dunia, Gemilang di akhirat dan Terbilang di syurga. Hebat dari segi akademik, sahsiah dan kesantunan!! InsyaAllah...
Anda Lahirkan Potensi
Kami Serlahkan Produktiviti
p/s : foto sedang ditagih dari pihak urusetia program, canon ku tidak ku bawa hari itu...
abuhakimi
RA..SS14,PJ

Tiada ulasan:
Catat Ulasan