Lebih Memberi Pasti Tuhan Akan Lebih Lagi Memberi
Salam Penghujung Syawal..
Malang Tidak Berbau..
Hari ini hari terakhir cuti. Malam ini kerusi empuk Maraliner akan menjadi tempat tiduranku hingga ke pagi. Mudah2an aku akan selamat berjumpa rakan2 serumah, rakan2 sekerja, anak2 muridku. Mudah2an..kerna semalam kami sekeluarga dikejutkan dengan kemalangan bas KKKL di Nilai. Kebetulan cucu saudaraku merupakan penumpang bas tersebut. Ceritanya begini, jam 4.30 pagi tvmobileku berdering nyaring mengejutkanku yang sdg lena dibuai mimpi, beritanya..cucu saudaraku telah terlibat kemalangan. Alhamdulillah, beliau masih selamat cuma bahunya patah, pinggangnya terseliuh, muka dan mata bengkak. Beliau selamat dibawa pulang dari Hospital Putrajaya ke Hospital A/S. Segalanya diuruskan dgn pantas dan cekap oleh abangku yang bergegas ke sana dari rumahnya di Kajang. Segalanya selamat kini cuma proses undang2 sedang dilakukan oleh pihak polis. Aku berdoa moga perjalananku malam ini selamat hendaknya.
Ummah Care
Semlm juga aku menerima kehadiran Saudara Mazlan yang datang bersama pekerja2nya membawa pakaian yang didermakan atas nama Ummah Care untuk disampaikan kepada penduduk2 yang memerlukan khususnya di Parlimen Pdg Terap. Alhamdulilah, dalam masyarakat berkejar2an untuk mengejar kemewahan dunia rupanya masih ada lagi insan2 mulia yang ingin mengejar kebajikan sbg bekalan akhirat sana. Mereka telah mendermakan pakaian2 yang masih elok untuk didermakan kepada pihak yang memerlukan. Tahniah! kerna anda insan2 yang budiman. TQ kerana memberi dan pasti Allah akan lebih memberi kepada anda semua kelak! saya mewakili UMMAH CARE mengucapkan jutaan TQ kepada yg menderma...syukran..syukran..
KL!!!aku datang malam ini..sedihnya meninggalkan family...namun...amanah pasti terus kugalasi!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan