Projek Pertanian
Salam Sejahtera Penuh Ceria
Alhamdulillah dapat mencoretkan sesuatu hari ini. Allah berikan kekuatan dan kesihatan lagi padaku..Alhamdulillah, baru2 ini aku dan family telah berkunjung ke Perlis utk melihat sendiri kebun buluh madu yang diusahakan oleh seorang pengusaha rebung buluh madu yang terkenal di sekitar Perlis. Encik Hassan mengusaha buluh madu hampir 2 tahun dan hasil yg diperolehi sangat lumayan hasil jualan anak benih buluh, jualan rebung segar dan juga rebung jeruk. Sememangnya family kami sudah sebati dengan bidang pertanian ini. Padi dah dicuba, nanas pun sudah subur kini giliran kami mencuba buluh madu pulak. Berbudi pada tanah ni sangat lumayan hasilnya. Sebanyak 85 pokok anak benih telah kami beli dari pembekal utk ditanam kelak. TQ pada tokey lembu yang sangat hebat Anak Mad kerana anak2 benih tersebut selamat sampai ke Jenun dgn selamat :)
Sempat juga kami berposing sakan di kebun buluh sbg kenang-kenangan. Setelah selesai berposing, kami sempat juga meluangkan masa untuk menghabiskan duit poket di Padang Besar. Borong sakan ibunda dan ibunda mertuaku. Sebelum balik ke Pendang..sempat jugak merasa ikan bakaq kola perlis..Pergh!!! mmg meleleh air liur sampai ke lutut lagak gaya bahasa Anak Mad. Memang berbaloi melepaskan not-not dari akaun dek kesedapan dan keenakkannya! Moga sedikit keceriaan kami sefamily terus kekal selamanya. Ameen.....
abuhakimi
pendang,kedah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan