Khamis, 22 Mei 2008

Tiada negeri dipinggirkan


22/05/2008 3:01pm

KUALA LUMPUR 22 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan mana-mana negeri termasuk yang dikuasai pakatan pembangkang dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di setiap negeri termasuk kedudukan kewangan kerajaan serta kepentingan projek tersebut kepada negara dan rakyat.

Kata beliau, ini kerana setiap projek yang dilaksanakan perlu memberi manfaat secara menyeluruh kepada semua golongan rakyat. Sehubungan itu, keutamaan akan diberikan kepada projek-projek yang bersifat mesra rakyat. bertujuan membasmi kemiskinan, penyediaan kemudahan asas kepada penduduk seperti jalan kampung, bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, pendidikan, perumahan awam kos rendah dan keselamatan awam walaupun negeri-negeri itu tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
Projek-projek yang mempunyai kepentingan nasional yang membantu kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar seperti pembangunan pelancongan, pembinaan institusi pengajian tinggi, pembangunan pelabuhan dan lapangan terbang juga akan diteruskan,'' katanya. Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
- Utusan
[ulasan raudhah7 ;- tindakan tepat dari PM, moga kata2 akan dikota, sama2 kita tengok nanti]

Tiada ulasan: