Khamis, 19 Julai 2007

Keperluan Kerjaya Dalam Kehidupan Insan

PENGENALAN


Setiap individu akan melalui satu peringkat dalam kehidupan mereka. Pada masa ini, mereka akan mula memikirkan tentang pekerjaan. Apabila individu melangkah ke kolej, universiti ataupun institusi-institusi latihan dan kemahiran, dia akan mula memikirkan secara serius apakah kerjaya yang hendak diceburinya. Dalam situasi ini, pelajar khususnya akan memikirkan bahawa bagi mendapatkan pekerjaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi.


KEPERLUAN MERANCANG KERJAYA

Apabila individu bekerja sepenuh masa sepanjang hayatnya, pelajar akan menghabiskan masa separuh daripada masanya berjaga bagi bekerja. Masa yang dihabiskan bagi bekerja ini sebenarnya adalah lebih banyak daripada masa yang diluangkan oleh individu secara bersendirian. Oleh sebab itu, membuat keputusan yang tepat tentang kerjaya adalah satu perkara yang penting.

Persoalan akan timbul, apakah saya akan seronok dengan kerjaya pilihan saya? Bagaimanakan kerjaya dapat memberikan kesan kepada cara dan gaya hidup saya? Berapa banyakkah pendapatan yang akan saya perolehi? Individu yang macamanakah akan berdamping dengan saya?
Pemilihan kerjaya, sebenarnya perlulah menepati beberapa item. Ia seharusnya kerjaya yang diminati, mencabar keupayaan, dan sesuai dengan nilai-nilai dan matlamat-matlamatnya. Ia nestilah selaras dengan diri individu itu sendiri. Jika individu gembira dengan kerjayanya, dia akan merasa gembira dengan dirinya. Individu akan gembira dengan kehidupan yang dilaluinya.

Tiada ulasan: