Rabu, 20 Mei 2009

Mesyuarat Khas Program Nafas Segar Peringkat Kebangsaan

Hari ini aku menghadiri satu mesyuarat khusus untuk membincangkan berkaitan Program Nafas Segar secara detail, tinggal 5 hari sahaja lagi program kebangsaan itu akan dilangsungkan. Alhamdulillah, dapat aku berkenalan dengan orang-orang besar dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri. Sepanjang perkongsian aku sewaktu minum, tajuk perbualan tidak lari dari mempersoalkan dan bertanyakan soal pertukaran aku ke Kedah. Rata-rata mereka tersenyum sendiri. Berbalik kepada mesyuarat ini, aku dikehendaki menjadi penyelaras kepada kontijen negeri Kedah. Hehe..pegawai dari Jabatan kata, tak dapat balik Kedah pun takpe janji dapat jaga kontijen Kedah selama 4 hari :) aku tersenyum..senyum penuh makna...huhu...

Tiada ulasan: