Rabu, 1 April 2009

Cerita Bola : Meh Santai2


Menarik untuk dijadikan bualan 'sifar' hari ini. Layan bola best juga, dapat relaks dari memikir politik semasa. Aku dengar macam2 peraturan yang dibuat dalam proses berkempen. Yang pasti peraturan dibuat dalam keadaan satu pihak mendapat keuntungan, pihak yang lagi satu ditindas?barangkali...ditindas dan dinafikan untuk berkempen dan menyalurkan maklumat kepada para pengundi. Inilah demokrasi ala Malaysia barangkali. Biarlah....biar rakyat menentukan. Yang pasti, aku nak layan bola hari ini. Malam semalam Liga Super Malaysia berlangsung lagi dengan perlawanan2 yang menarik. Pastinya aku tumpukan pada perlawanan PAHANG vs KEDAH, SELANGOR vs TERENGGANU dan KELANTAN vs N9. Menariknya, KENARI dengan selamba mematuk si GAJAH, GERGASI MERAH digigit ekor oleh si PENYU dan Si KIJANG ditendang si RUSA. Yang pasti, KENARI dengan yakin mengejar pendahulu. Moga terus berjaya lagi dan lagi dengan pengurusan yang baru. Tahniah!

Tiada ulasan: