Khamis, 22 Januari 2009

Sehari Di Pejabat....

Salam Mahabbah...

  • Aku sampai awal ke SKBB hari ini. Maybe ada sangkut paut dgn azam tahun ini :) x nak cari pasal lagi dgn boss..bkn apa, waktu bekerja kaunselor SK mcm aku nih sentiasa dipersoalkan malah aku sendiri keliru, nak dgr cakap JPWPKL ke atau Ketua Jabatan (boss) kalau ikutkan pekeliling, mcm guru biasa, ikutkan boss...hmm...biarlah, yg pasti core bisnes aku dapat bereskan! seperti biasa urusan fail dan pengurusan/pentadbiran aku laksanakan setiap pagi. Ye la..pagi2 nih otak masih fresh, idea pun time2 mcm nih la laju je memenuhi data otakku. Tahun ni plak aku dapat seorg GBK lagi, maknanya aku dah ada pembantu utk selesaikan masalah 1200 budak2 di SKBB ini. Hmm..dulu stop dr UM ingatkan malas nak main2 dgn masalah, rupanya...kaunselor nih takkan lari dari mendengar masalah selagi mana title tu jadi kerjaya aku!hehe...padahal aku sendiri pun berbakul2 masalah ada tapi kerana ada sedikit ilmu pengendur tekanan aku dapat kawal masalah2 yg ada. Itulah, manusia nih andai dia pandai susun atur tekanan dia mampu kawal hidup dan pemikiran rasional mereka sendiri.Inilah kehidupan....penuh dgn cabaran, perlukan kesabaran, keteguhan iman kepada ALlah.
  • Ntah kenapa, tiba2 aku ingatkan putera kecilku di kg pagi ini, terus aku tekan number2 di tvmobile ku. Tanya si isteri, dia cakap...puteraku selamat dan kuat senyum lagi sekarang, ye la...waktu mama tinggalkan sebelum mama ke sekolah tadi dia masih lena dibuai mimpi pada babanya :) dia suka je skrg, maybe dia pun tahu dia akan dapat adik..hehe..dek kerana rindu yg amat sangat, aku habiskan 15 minit masa rehatku dgn melihat gambar2nya dari acer aspire aku pagi ini. Sempat jugak aku edit2 gambar puteraku ini utk aku jadikan wallpaper kat acer aspire aku nih. Huh...rindu anak lagi dasyat dari rindu pada mama nya. Takpe...esok petang aku dan wajaku akan berdesup pulang ke kampung!mama pun sgt di rindu! ibu aku...semualah..semuanya aku rindu!
  • Hari ini kat sekolah aku dapat tugasan baru dr boss. Boss suruh buat hari orientasi pd guru2 baru sekolah aku. Alahai, ada orientasi la plak. Hari ini jgk aku 'deal' barang2 baru dgn tokey supplier brg2, aku bedal je buku2,poster2,rak buku, karpet baru, radio player. Boss cakap, minta je apa nak, peruntukan ada tahun nih. Yg terkilannya, supplier tu bkn dari kalangan kaum kita.Inilah Malaysia, ekonomi dikawal oleh kaum lain. Melayu tetap dibawah dan sentiasa dilupakan. Ahh...geram aku dgn situasi ini!!! aku lepaskan geram dgn caraku...Masih ada 2 jam sblm aku pulang ke rumah. Harapanku moga rezekiku hari ini diberkati.

raudhah7
bangsar 12pm

Tiada ulasan: