Lelah Di Akhir Musim Persekolahan
Salam Kecemerlangan
Hari ini hari terakhir persekolahan, ada yang gembira ada juga yang berduka, masing2 ada sebab utk berperasaan sedemikian,namun bagi tenaga pendidik waktu 'masa kecederaan' ini jugalah membuatkan warga pendidik sibuk mengumpulkan dokumentasi, analisis markah peperiksaan penggal, fail2 yang berlambakan dan pelbagai lagi perkara yang pasti membuatkan diri pendidik lelah seketika. Aku tidak terkecuali dari menempuh perkara sedemikian, tika jam di tgn menunjukkan 3.31am aku masih rancak menyiapkan analisis,apa tidaknya hari semalam keputusan UPSR telah diketahui.Aku perlu menyiapkan sebelum matahari muncul pagi nanti.
Alhamdulillah,sekolahku meningkat prestasi kali ini.Ada guru yang mengusik, "kaunselor hebat sdh pasti pelajarnya juga hebat" aku hanya tersenyum menafsirkan pelbagai andaian terhadap kata2 tersebut. Hmm..mungkin niatnya betul atau sindiran semata. Tapi yang pasti kami semua warga sekolah sangat berbangga dgn keputusan tersebut. Masing2 punya peranan yang tersendiri. Peningkatan bilangan yang meningkat pencapaian 5A agak baik. Tahun lepas hanya 48 yang mendapat 5A tetapi kali ini 62 orang mendapat 5A. Ini juga mungkin membuatkan GB aku tersenyum simpul penuh kepuasan. Itu belum dikira yang mendapat 4A dan lain2. Apa yang pasti aku sempat menukilkan nasihat pada murid2 ku sebelum penyerahan keputusan tadi. Kataku pada mereka "ingat!cemerlang dalam akademik perlulah disusuli dgn kecemerlangan dari sudut sahsiah dan akhlak" cetusku lagi "amalkan ilmu sebaiknya kerana ilmu tanpa amal adalah sia2" aku juga mengingatkan mereka bahawa "ini adalah langkah pertama untuk menuju anak2 tangga kejayaan di masa depan". Yang pasti terbit juga kepuasan dlm diriku biarpun aku tidak menzahirkannya secara terbuka di dewan tadi.
Mataku makin mengecil...aku sedar..lelahku sudah bertemu puncak..moga mimpiku pagi ini yang indah belaka..hakimi!baba balik esokkk...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan