Merdeka! Merdeka!
Salam Ceria di Bulan Merdeka!
Hari ini bertempat di Dewan Seri Bangkung, SKBB bulan kemerdekaan disambut penuh bermakna oleh semua warga SKBB. Semuanya melaungkan kata keramat "merdeka, merdeka, merdeka" tanda penuh gembira. Namun, terbit sedikit sangsi dibenakku yang acapkali memikirkan hal ini bila tiba bulan merdeka. Apakah mereka yang melaungkan kata2 keramat "merdeka" itu memahami erti kemerdekaan sebenar2nya? apa makna merdeka? semua itu menjadi rahsia semua yang berada disitu. Bagiku kemerdekaan ini tiada makna tanpa pengisian yang sebetul2nya. Aku faham apa itu kemerdekaan mengikut kacamata ku yang dhaif ini. Bagiku, kebebasan yang dilaung2kan perlu bertitik tolak dari kebebasan diri dari hawa nafsu semata. Nafsu yang membawa kepada kehancuran. Nafsu yang mengajak kepada kejahatan dan kemaksiatan. Pokok pangkalnya kita perlulah meletakkan nilai keagamaan itu mendepani keseluruhan hidup kita agar diri akan dapat dikawal dan dibebaskan dari segala bentuk kemaksiatan dunia yang membawa merana serta rebah di akhirat kelak. Apakah merdeka andai diri masih dijajah dengan agenda2 penjajah? Lihatlah sendiri tahap sosialisasi dalam komuniti di sekitar kita tika ini. Adakah segalanya merdeka?ayuh...renungkanlah bersama erti kemerdekaan sebenar2nya.....salam kemerdekaan!
raudhah7
bangsar, KL
Tiada ulasan:
Catat Ulasan