KAUNSELING UNTUK REMAJA
Remaja dalam bahasa Inggeris ‘adolescence’ atau bahasa Latin ‘adolescere’ yang bermaksud membesar atau membesar menjadi matang. (Rogers,1981). Ini bermakna zaman remaja itu suatu proses dan bukannya suatu jangkamasa. Proses yang dimaksudkan ini ialah proses mencapai atau memperolehi sikap dan kepercayaan yang diperlukan demi penglibatan yang berkesan dalam masyarakat. Ia boleh juga didefinisikan sebagai satu pergerakan.
Remaja juga didefinisikan sebagai satu tempoh perkembangan fizikal, satu konsep yang abstrak, satu fenomena sosiobudaya atau berdasarkan sikap remaja terhadap hidup. Secara tipikalnya, zaman remaja dilihat sebagai satu zaman yang dimulai dengan akil baligh dan berakhir apabila memasuki alam dewasa. Ia merupakan satu zaman peralihan atau transisi antara zaman kanak-kanak dengan zaman remaja.
Persoalan yang sering ditanya oleh remaja ialah ‘siapakah saya?’- iaitu satu persoalan yang berkait dengan percarian identiti. Identiti bermaksud apa yang membuatkan seseorang itu berbeza dengan orang lain. Antara persoalan-persoalan lain yang perlu dijawab oleh remaja ialah ‘Bagaimanakah harus saya jalani hidup saya?’, ‘Apakah bidang kerja yang sesuai dengan saya?’, Bagaimanakah cara yang terbaik untuk membuat keputusan?’ dan ‘ Kepercayaan dan nilai yang mana satu harus saya ikuti?’. Bagi menjawab segala persoalan tersebut bukanlah mudah, kadang-kadang dalam proses tersebut remaja dihantui oleh lingkaran-lingkaran tekanan dan konflik emosi. Bukan sahaja di pihak remaja, ibu bapa juga seringkali terkeliru dan terkedu dengan segala persoalan seperti itu.
Dalam menyelesaikan dan memudahkan persoalan-persoalan ini dijawab, remaja perlulah diberi pengisian berunsur kerohanian, berunsur kemahiran yang secukupnya demi memastikan krisis identiti dapat di'sembuh'kan dan ini akan memastikan pencarian identiti masing2 akan diperolehi dan mampu membawa remaja ke landasan perjalanan yang suci murni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan