Selasa, 20 Mei 2008

Secangkir Rasa Setulus Hati

Alhamdulillah,segala puji bg Allah Yg Maha Esa,Maha Mengasihani,Maha Mendengar, Maha Pemurah dan Maha Penyayang...selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Rasul yang teragung...
Hari ini menyingkap pelbagai kisah, ada rasa gembira, ada juga rasa berduka, ada juga rasa gelisah di hati, aku tidak pasti kenapa, ttp tentu ada sesuatu yang bermain di minda kecilku ini. Selama hampir 17 bulan berada di bumi metropolitan ini sebagai pendidik aku merasakan masa cukup lama utk diingati. Hari demi hari aku hanya mampu menghitung hari,jasad berada di sini ttp hati nurani berada sejauh hampir 500km jauhnya di utara tanah air.
Aku gembira kerana diuji sebegini krn bukti Allah itu menyayangi diriku yang kerdil ini, sekadar ingin menduga apakah aku ini insan yang bersabar atau sebaliknya.Aku bersyukur sebenarnya.
Aku juga gelisah mengenangkan yang tersayang di sana,ibu yang membesarkanku,isteri yang menjadi teman suka dukaku, putera sulong yang menjadi pewarisku.Namun sejauh ini aku pasrah dengan ketentuan di kejauhan ini kerana aku juga pejuang yang ingin melihat anak bangsaku berjaya menjadi modal insan yang cemerlang.Hari demi hari aku berdoa semoga tidak lama lagi aku akan dapat mencurahkan keringat di negeri sejahteraku...aku hanya mampu berdoa dan berdoa...semoga kenyataan menjadi nyata!

Tiada ulasan: