Sabtu, 24 Mei 2008

Pulau Batu Puteh milik Singapura


May 23, 08 5:53pm


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura manakala Terumbu Karang Tengah milik Malaysia.

Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatan pula tertakluk kepada wilayah perairan di mana ia berada.

RTM telah menyiarkan secara langsung pengumuman penghakiman tersebut dari Hague mulai jam 4 petang ini.

Penghakiman tersebut diumumkan oleh Naib Presiden ICJ, Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh. Beliau mengambil masa hampir dua jam untuk membaca keputusan tersebut.

Pulau Batu Puteh, yang dipanggil Pedra Branca oleh Singapura, terletak 7.7 batu nautika di luar pantai Tanjung Penyusuh di Johor.

Panel 16 hakim membuat penghakiman 12-4 menyebelahi Singapura.

Bagi Terumbu Karang Tengah pula, mereka membuat keputusan 15-1 memihak kepada Malaysia. Begitu juga Terumbu Karang Selatan. Begitu juga dengan Terumbu Karang Selatan.

Aku Pasrah!

Aku pasrah pada ujian yang masih melingkari hidup ini...ingat!Allah tu sayang pada hambaNya yang beriman..insyaAllah!

Khamis, 22 Mei 2008

PKPIM cadang kerajaan rombak sistem pemakaian pelajar perempuan

Thu May 22, 08 2:18:43 pm MYT
KUALA LUMPUR, 22 Mei (Hrkh) -
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar merombak semula sistem pemakaian pelajar perempuan di sekolah rendah dan menengah. Menurut Naib Presiden HEWI, PKPIM, Munirah Bahari cadangan agar Kementerian Pelajaran membuat rombakan ke atas pakaian seragam sekolah pelajar perempuan yang berwarna putih itu demi memenuhi syariat dan tuntutan agama Islam. Jelasnya penukaran warna baju tersebut nampak sesuai dan tidak jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan.

Katanya, PKPIM melihat konsep menutup aurat itu penting dan perlu didedahkan kepada masyarakat Islam terutama yang melibatkan muslimah. Tambahan pula pakaian yang sopan dan menutup aurat boleh mencegah dan melindungi wanita daripada berlaku sebarang perkara yang tidak diingini. "Akhir-akhir ini kita sering disajikan dengan kes sosial, rogol, gangguan seksual mahupun hubungan seks sebelum perkahwinan yang melibatkan remaja wanita belasan tahun. Kebanyakan mereka terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah. "Implikasi daripada kejadian ini maka berlakulah kelahiran bayi luar nikah, pembuangan bayi mahupun pelacuran. Isu yang melibatkan keselamatan diri remaja merupakan isu yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak," katanya, dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Bagaimanapun katanya, masih terdapat pihak yang memandang sambil lewa hal ini. Jelasnya, pemakaian baju sekolah berwarna putih itu sendiri mempunyai daya tarikan supaya lelaki mendekatinya. "Pakaian merupakan cerminan akhlak seseorang muslim dan Islam sangat menitik beratkan perihal pakaian menurut Islam. Baju berwarna putih tersebut sangat jarang untuk dipakai oleh pelajar perempuan menyebabkan ada daya tarikan di situ. Lebih-lebih lagi ia akan mengganggu mata lelaki, sama ada suka melihatnya atau pun tidak. "Di sinilah punca yang boleh kita saksikan terjadinya perkara-perkara seperti pencabulan, penzinaan dan sebagainya. Hakikatnya, kita tidak mahu perkara sebegini berlaku di negara kita," katanya.

Beliau menegaskan seharusnya remaja perempuan perlu bersifat 'assertif' terhadap sesuatu perbuatan yang mencabuli kehormatan mereka. Katanya, apa yang terjadi sekarang ialah mereka tidak tegas dan membiarkan diri mereka diperlakukan apa sahaja oleh sesiapa. Sehubungan itu beliau mengharapkan penilaian terhadap baju sekolah pelajar perempuan perlu dilakukan oleh Kementerian Pelajaran secepat mungkin. "Jika Kementerian Pelajaran ingin mengekalkan warna putih tersebut, PKPIM mencadangkan agar pelajar perempuan diwajibkan untuk memakai singlet dalam ataupun tudung labuh kerana ia tampak lebih kemas, selesa dan selamat. Kami mengharapkan agar Kementerian Pelajaran bertindak tegas dalam menangani isu ini," katanya. - mns
[ulasan raudhah7 :- satu cdgn yang patut diberikan perhatian oleh pihak kerajaan, sudah sampai masanya kita bangun untuk bersama membasmi masalah sosial yang kian membarah dlm golongan muda mudi kita sekarang, sesungguhnya lapangan ilmu dan sekolah merupakan pusat kepada pembentukan akhlak muda mudi, sistem pendidikan yang menekankan modal insan yang berdisiplin, berakhlak mulia perlulah diketengahkan dan ditekankan...ayuh pemimpin yang bertanggungjawab!tunaikan tanggungjawab anda,ingatlah di akhirat kelak anda semua akan disoal oleh Maha Pencipta!]

Kedah antara kelab terbaik

KUALA LUMPUR - Kejayaan merangkul kejuaraan Liga Super dan persembahan cemerlang dalam Piala AFC membolehkan pasukan bola sepak Kedah berada di kedudukan 145 kelab dunia dalam rangking Statistik dan Sejarah Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (IFFHS). Lebih membanggakan kedudukan Kedah itu lebih baik berbanding kedudukan kelab bola sepak Eropah yang yang ternama seperti Aston Villa (156), Ajax Amsterdam (169), Manchester City (217) dan AS Monaco (282).

Rangking yang diiktiraf oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu menunjukkan kedudukan kelab bola sepak seluruh dunia dan pungutan mata berdasarkan pencapaian kelab di kejohanan utama termasuk liga domestik. Bulan lalu, Kedah berada di kedudukan 266 dan melonjak 121 anak tangga dengan mengumpul 95 mata berkongsi mata dan kedudukan dengan sebuah lagi kelab ternama di Eropah, Feyenoord.
Dalam pada itu, Perak, turut melonjak 214 anak tangga menduduki tangga ke-264 daripada kedudukan 478 pada bulan lalu. Sementara itu dua pasukan kelab serantau dari Singapura, Angkatan Tentera Singapura berada di tangga ke-81 manakala Home United FC menghuni tempat ke- 98.

Pasukan Liga Perdana England, Manchester United mengungguli rangking berkenaan di tangga teratas, diikuti Chelsea di tempat kedua dan Barcelona di tangga ketiga. Kedudukan rangking kelab dunia itu boleh dilayari di lama web www.iffhs.de.
[ulasan raudhah7 ;- bangga sangat jadi anak kedah!itulah nikmatnya bumi hijaukuning! kedah sejahtera nikmat utk semua!!]

Petronas catat untung RM570b dari 1974-2007

22/05/2008 3:01pm

KUALA LUMPUR 22 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, semenjak penubuhan Petronas pada tahun 1974 sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, syarikat petroleum negara itu telah mencatat keuntungan RM570.0 bilion. Menurut Perdana Menteri, daripada jumlah itu, Petronas telah membayar sebanyak 62.8 peratus atau RM357.8 bilion dalam bentuk cukai, royalti, duti eksport dan dividen kepada kerajaan Malaysia.

Tambahnya, sebanyak 7.2 peratus atau RM41.4 bilion adalah keuntungan yang diperuntukan kepada pemegang saham minoriti kumpulan dan perbelanjaan cukai luar negara. Sebanyak 30 peratus daripada keuntungannya atau RM170.8 bilion digunakan untuk pelaburan semula serta mengembangkan perniagaannya,'' katanya. Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Teo Nie Ching (DAP-Serdang) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

-Utusan
[ulasan raudhah7 ;- Bila lagi keuntungan nak dikongsikan bersama rakyat..mungkinkah PM akan umumkan harga petrol akan diturunkan..??]

Tiada negeri dipinggirkan


22/05/2008 3:01pm

KUALA LUMPUR 22 Mei - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan kerajaan Persekutuan tidak akan meminggirkan mana-mana negeri termasuk yang dikuasai pakatan pembangkang dalam mencapai matlamat pembangunan negara. Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambil kira dalam merancang dan melaksanakan projek-projek pembangunan di setiap negeri termasuk kedudukan kewangan kerajaan serta kepentingan projek tersebut kepada negara dan rakyat.

Kata beliau, ini kerana setiap projek yang dilaksanakan perlu memberi manfaat secara menyeluruh kepada semua golongan rakyat. Sehubungan itu, keutamaan akan diberikan kepada projek-projek yang bersifat mesra rakyat. bertujuan membasmi kemiskinan, penyediaan kemudahan asas kepada penduduk seperti jalan kampung, bekalan air, elektrik, kemudahan kesihatan, pendidikan, perumahan awam kos rendah dan keselamatan awam walaupun negeri-negeri itu tidak ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).
Projek-projek yang mempunyai kepentingan nasional yang membantu kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar seperti pembangunan pelancongan, pembinaan institusi pengajian tinggi, pembangunan pelabuhan dan lapangan terbang juga akan diteruskan,'' katanya. Perdana Menteri berkata demikian dalam jawapan bertulis menjawab soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
- Utusan
[ulasan raudhah7 ;- tindakan tepat dari PM, moga kata2 akan dikota, sama2 kita tengok nanti]

Isu Pendidikan

7,430 murid Tahun Satu di Terengganu tidak tahu membaca dan menulis

MARANG:Seramai 7,430 murid Tahun Satu di Trengganu masih tidak tahu membaca dan menulis, walaupun sesi persekolahan sudah lima bulan berjalan, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said. Beliau berkata, perkara itu dikesan oleh Jabatan Pelajaran Negeri dan sehubungan itu jabatan berkenaan menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi mencari punca sebenar murid berkenaan gagal menguasai kedua-dua kemahiran itu. "Kita perlu tahu apakah sebabnya. Adakah mereka tidak dihantar ke kelas tadika sebelum memasuki alam persekolahan atau masalah lain seperti kesihatan, pemakanan atau persekitaran mereka.

“Ini perlu dikaji dengan teliti supaya pembelajaran mereka tidak terbantut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Guru peringkat negeri di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Wakaf Tapai, di sini hari ini. Ahmad berkata kerajaan negeri akan mengambil apa jua pendekatan untuk mengatasi masalah itu walaupun terpaksa membabitkan peruntukan yang besar. Beliau berkata, bagi meningkatkan tahap pendidikan di luar bandar, Jabatan Pendidikan negeri juga sudah mengadakan Program “Score A” di 100 buah sekolah rendah di luar bandar dengan membabitkan peruntukan sebanyak RM500,000.
"Kita juga sedang mengkaji satu formula untuk meningkatkan tahap kecemerlangan pelajar yang dicipta oleh sebuah syarikat. Jika sesuai, kami akan mendapatkannya walaupun menelan belanja yang tinggi,” katanya. Sementara itu Ahmad berkata, mulai tahun depan, kerajaan negeri akan menyediakan peruntukan bagi membina dan membaiki surau sekolah di seluruh Terengganu. Terdapat lebih 100 buah sekolah menengah serta lebih 300 sekolah rendah yang memerlukan sama ada pembinaan atau pembaikan surau dan perkara itu akan dibuat secara berperingkat, katanya.- Bernama
[Ulasan raudhah7 :- Dimana silapnya?sistem pendidikan tidak berkesan?guru yang tidak berdedikasi?murid yang sememangnya lembab? atau sistem politik yang melangkaui segala2nya..fikir2kan...

23 May 2008

Esok...satu tarikh yang dinanti, apakah tarikh ini memberi khabar gembira atau tertangguh lagi rasa gembiraku kali ini..nantikan..

Rabu, 21 Mei 2008

Sehari Di Parlimen




Koleksi gambar sewaktu di Lobi Parlimen bersama S/U YB Padang Terap, Peguam dan juga Penasihat IT YB...


[raudhah7 ;- Sesungguhnya langkah kaki ke Parlimen kali ini meninggalkan byk kenangan yang menarik utk dikenang!]

21 May 2008...

Meeting Guru Bimbingan Kaunseling Terakhir di Jabatan Pelajaran WP??

Tanda tanya....persoalan yg berlegar diminda sejak tadi...moga2 jadi kenyataan kerana hatiku sekarang berada di kedah...jasad sahaja menapak di KL namun jauh di sudut hatiku berada di negeri jelapang padi!!

Selasa, 20 Mei 2008

Secangkir Rasa Setulus Hati

Alhamdulillah,segala puji bg Allah Yg Maha Esa,Maha Mengasihani,Maha Mendengar, Maha Pemurah dan Maha Penyayang...selawat dan salam buat Rasul Junjungan, Rasul yang teragung...
Hari ini menyingkap pelbagai kisah, ada rasa gembira, ada juga rasa berduka, ada juga rasa gelisah di hati, aku tidak pasti kenapa, ttp tentu ada sesuatu yang bermain di minda kecilku ini. Selama hampir 17 bulan berada di bumi metropolitan ini sebagai pendidik aku merasakan masa cukup lama utk diingati. Hari demi hari aku hanya mampu menghitung hari,jasad berada di sini ttp hati nurani berada sejauh hampir 500km jauhnya di utara tanah air.
Aku gembira kerana diuji sebegini krn bukti Allah itu menyayangi diriku yang kerdil ini, sekadar ingin menduga apakah aku ini insan yang bersabar atau sebaliknya.Aku bersyukur sebenarnya.
Aku juga gelisah mengenangkan yang tersayang di sana,ibu yang membesarkanku,isteri yang menjadi teman suka dukaku, putera sulong yang menjadi pewarisku.Namun sejauh ini aku pasrah dengan ketentuan di kejauhan ini kerana aku juga pejuang yang ingin melihat anak bangsaku berjaya menjadi modal insan yang cemerlang.Hari demi hari aku berdoa semoga tidak lama lagi aku akan dapat mencurahkan keringat di negeri sejahteraku...aku hanya mampu berdoa dan berdoa...semoga kenyataan menjadi nyata!

Isnin, 19 Mei 2008

Panas!

Tersentak seketika, terkedu sejenak bila membaca mesej yang dihantar oleh rakan karibku tghari tadi..Tun Dr Mahathir keluar UMNO?ahhh..tak percayalah aku! takkan orang numbor wahid UMNO nak keluar UMNO..apa kejadahnya mesej gossip ini!hatiku tidak percaya..namun semua yang aku anggap gosip politik itu rupanya satu kenyataan bila ku petik punat TV milik abgku! apa?? Tun keluar UMNO?wah! ini bikin politik malaysia makin panas nih! sudahlah UMNO tenat, isu ini pasti akan membuatkan UMNO semakin tenat malahan mungkin akan nazak!tapi kenapa ye?ada lagi persoalan tu...rupanya Tun tidak suka kepimpinan Pak Lah...ohh..dah aku agak!

Inilah politik malaysia masa ini..bikin ribut setiap hari!yang pasti Tok Guru kata, dialah yang paling gembira dan bahagia hari ini bilamana hero nombor wahid dlm UMNO umum keluar UMNO..kata Tok Guru yang aku sanjungi ini (semua orang sanjung Tok Guru sorang ni, kawan dan lawan!) ini menunjukkan UMNO tu sudah tidak lagi relevan dan sapa2 yang nak masuk UMNO tu lebih baik batalkan hajat sebab Tun yang jadi Presiden 20 tahun lebih pun dah keluar, buat apa lagi nak masuk...sekali fikir...betul juga cakap2 Tok Guru tu kan?aku mengiyakan je kata2 Tok Guru ini..sememangnya betul apa...hehe...

Yang pasti aku sebenarnya nak melihat orang melayu nih berfikir..majulah ke depan jangan lagi pandang belakang..alternatif sebenarnya sudah terbentang di depan mata..usah takut untuk berubah kerana berubah ke arah kebaikan itu satu tuntutan..kita inginkan Malaysia menjadi negara yang bersih dari daki-daki keburukan!kita mahukan Melayu yang Islam itu menjadi tunjang kehidupan bukan Melayu yang tiada lagi pegangan Islamnya!Ayuh..berubah!masa masih ada....

[raudhah7 geleng kepala...]

Sabtu, 17 Mei 2008

Akhirnya..Dirinya Bergelar Suami...

Catatan perjalanan sahabatku ini sangat menarik utk diselusuri...tabah menempuh ranjau dan duri,berniti di titian tribulasi yang hebat namun kesabaran mmg indah natijah diakhirnya!selamat menjadi suami mithali wahai sahabatku....

Segak dan tampan bersama songkok hitamnya....mungkinkah ini wajah YB 5 tahun lagi???

Selamat Hari Guru 2008

Alhamdulillah...semalam hari guru..sekolah raudhah7 sempat buat satu program,raudhah7 yang jadi pembaca perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia..emm..rasa mcm dah jadi Ketua Pengarah masa kat dalam Dewan Seri Bangkung semalam! apapun byk yang mengucapkan hari guru..seronok dan bangga juga jadi warga pendidik nih..ye la..dapat bantu anak bangsa agar jadi bangsa yang berjaya dan berwawasan serta yang paling penting yang beriman!yang pasti inbox handset penuh dengan mesej-mesej dari kawan dan kenalan serta saudara,anak2 murid...antara mesej yang menarik utk dihayati bersama ialah ;-

Guru Yang Beriman Ibarat Mentari Yang Mengilau...
Guru Yang Setia Bagai Pewangi Yang Mengharumkan...
Guru Yang Sejati Menjadi Pendorong Impian..
Guru Berhati Mulia Membawa Ke Jalan Allah!

Hari Ini Di Pejabat

Salam Sejahtera di Kedah Sejahtera

Hari ini..mcm2 berlaku..bermula awal pagi aku dikejutkan ombak kecil dlm hidup,selepas tu ombak kian reda datang pula angin sepoi-sepoi bahasa...mujur bkn tsunami yang datang...inilah hidup kan?tiada ombak tiada la cabarannya...

Selasa, 13 Mei 2008

aku ingin kembali!

Salam Kembali!

aku sudah kembali!kembali utk bersama menari di lapangan ini!hanya satu tujuan...bersama menegakkan tinta bestari!